Wednesday 28 August 2013

Penat Tak Hilang Lagi....


......Salam Syawal ......

Penat tak hilang lagi..

Hujung minggu yang lalu member husband nak datang umah beraya .. so mula lah aku memikirkan apa yang aku nak buat untuk jamu buat tetamu ku nanti. Memandangkan aku dah sarat (30 Minggu) husband cadangkan buat yang simple2 atau beli sahaja... Tapi dalam hatiku ni macam2 nak buat.. bukan nak tunjuk pandai masak, tapi rasa nak memasak tu membuak2... hihihi... aku mula google apa menu yang simple dan sesuai nak jamu kat tetamu nanti.

Dalam pada aku tak larat ni, aku terfikir nak buat rendang ayam.. daging... pulut kuning.. lontong... kuah kacang... kuah durian... sambal tumis ikan bilis...rebus nasi himpit... hihihi... bernafsu bukan... bila aku cakap kat husband aku die kata banyak sgt.. cukup buat lontong jer.. lagipun die kata kesian nengok aku nak masak sorg2 nanti. Tapi aku ni degil dalam diam aku pegi pasaraya Segi dengan (NANA & Shida) beli barang2.

Malam jumaat balik kerja, Aku, Adam n Husband pergi singgah makan dulu kat warung Mazlan kat dengkil , cadang nk tambah satay sikit, risau makanan tak cukup, lagipun aku buat sikit2... so tempah satay 150 cucuk gan pakcik Mazlan sebagai makanan tambahan, spare... hihihihi.

Tepat pukul 10 PM... Bermula lah projek aku memasak malam tu, mula2 aku kupas semua bawang2.. bawang merah dan putih aku dah kupas siap2 kat opis ptg jumaat tu (Sementara menunggu sang suami jemput) bijak kan guna masa... hihihi.. so tinggal halia, lengkuas.. serai .. cili kering yang perlu diproses. Dah semua settel aku blend semua bahan2 tu supaya kerja memasak aku mudah.

OH ya.... aku lupa nak bagitau.. inilah kali pertama aku nak buat rendang dan kuah kacang .. selalu mak dan mak mertua yang buat... skrg aku belajar dari internet dan keep calling my MOM kat Kampung... hehehehe.. resepi rendang tu aku amik dari blog kak LIZA
Resepi rendang , aku modify sedikit.. tambah itu ini...

Alhamdulilah.... Pukul 2 Pagi aku setel rebus nasi himpit, buat rendang ayam dan daging... nasib ada adik ipar aku yang tolong ringankan beban aku di dapur. hihih... Husband pulak sibuk mengemas ruang tamu ... Mop bagai dan tak lupa dibantu oleh MR.ADAM MOK MOK tu... hihihi....

Esok Snya pulak Sabtu tu 24 Ogos aku kena checkup kat Azzahrah untuk minggu 30... kena bangun awal lagi untuk dapat no.giliran awal...

Sekian dulu untuk coretan petang ni... hihihi...

PSSSTT... lupa nak amik gambar makanan .. sebab sangat penat ... huhu...




Monday 26 August 2013

Persiapan untuk anak kedua

Alhamdulilah harini dah masuk minggu yang ke 30 usia kandungan ku... Tinggal lagi beberapa minggu untuk menyambut kedatangan orang baru dalam hidup kami. Persiapan sehingga kini kalo ikutkan dah almost 60%.. Tapi kali ni takdelah beriya dan se excited macam Adam Bam Bam dulu... skrg banyak benda boleh recycle balik. Cuma beli apa yang patut dan beberapa helai baju warna PINK.. Excited PINK!!!!



My BAM BAM ADAM

Nak story sedikit pasal shaklee, setelah hampir 2 minggu cuti raya.. aku macam mengabaikan pengambilan vitamin2 kesayangan ku... sebab apa? sebab before balik raya tu semua vitamin dah habis. Hanya tinggal Vit-Lea sahaja...Balik kampung usah cerita lah memang makan tak ingat dunia. Kalo kat Sarawak kek Lapis n Air Gas dah memang wajib ada... so disitu nampak sgt aku tergugat dan mengabaikan kesihatan bayiku.. tp balik jer Semenanjung dah tekad nak jaga pemakanan, bukan apa baby dalam kandungan semakin hari semakin membesar dan memerlukan makanan yang sehat utk tumbuhsarannya... Kawan2 jangan ikut macam saya ok..

Nak share kat kawan2.. Vitamin Shaklee yang saya amik masa ni adalah ... Vit-Lea, Omega, B-Compleks, Ostematrik dan ESP... Semoga aku ni terus rajin dan Konsisten Makan vitamin2 tu. hihihihihi...

Cukup dulu sampai sini yea... Pasni nak update pasal kebaikan ambik shaklee sepanjang tempoh aku hamil anak kedua...




 

Baru 1st time nak menulis.....

Harini tengah buat tranning ... ada masa lapang sedikit aku try godek2 blog yang linda tolong createkan untuk aku... Aku suka baca blog org... teringin jugak nak jadi blogger, bukan nk jadi terkenal.. suka nak luah2 kan isi hati atau senang cerita macam diari hidup..