Monday, 28 October 2013

Minggu-minggu terakhir menanti ahli baru.....

39 minggu 1 hari

Kali ni nak share pasal minggu-minggu terakhir saya... sekarang dah masuk 39 minggu 1 hari.. Masih lagi gigih dan takde lagi tanda2 untuk bersalin. Kalau nak kata exited tunggu ahli baru memang sudah tentu.. Lagi pulak saya dah apply cuti bersalin awal seminggu sebelum EDD. Kalau ikutkan tarikh EDD saya ni bertukar2.. almaklumlah bertukar2 doctor.. Tp saya harap penghujung bulan 10 (30 Oktober 2013) adalah EDD yang betul. hihii..

Oh ye... semalam jemput mak dan adik dari dtg swk.. untuk kali ni sekali lagi mak yang jaga ida pantang. Kalau anak pertama dulu Adam, mak datang seminggu selepas bersalin almaklumlah adam lahir masa minggu ke-38. Tapi kali ni rasa lama plak mengandung, mungkin diperingkat awal kehamilan ida mabuk teruk. 

Tadi husband ajak jalan2 lagi ke Alamanda... bagi baby engaged cepat, bukan apa risau jugak dengar pengalaman rakan2 lain kata , kalu tak bersalin lagi atau overdue mungkin doc akan kena induce. Hari-hari berdoa agar cepat sikit bersalin. Sebenarnya dah tak larat, sakit pinggang and tido malam jadi tak selesa. 

39 minggu 3 hari

Hari ini... bangun tido macam biasa, bangun jer pagi akan check ada tak bloody show, katil basah tak (kot-kot pecah air ketuban)... huhuhu... takde lagi tanda tanda tu.. ermmmm  adakah terlalu mengharap. Husband turun kerja macam biasa.. dan akan ty perkara biasa "ada rasa sakit tak" .. jawapanku mcam biasa sakit2 biasa tu ada tapi tak konsisten2.. tp bab pinggang memang tak leh nak cete lah, memang sakit. Baby asyik mengeras jer.. huhuu

After breakfast... pagi ni my mom buatkan nasik goreng kampung.. ermm selera aku makan, tp sebenarnya dr smlm terliur nak makan roti cicah gan kari daging mak buat. Lepas gak hajat nak melantak masakan mak lagi. Harini perut takde meragam sangat tapi, pinggang makin menjadi lak sakitnya. sampai nak duduk pun tak selesa. Dah sampai satu tahap aku takleh tahan, aku baring kat bilik bawah smpai lah tertido dibuatnya. Bangun dah azan zohor.. Aku siap2 nak solat ..  Nanti kita sambung lagi ok. 





Tuesday, 3 September 2013

Teruja nak buat 4D Scan



Salam kawan-kawan dan Momies2 diluar sana... Perasan ada org baca blog lah tu. Tak kesahlah pape lah.. Sebenarnya banyak benda nak update... pasal adik dah selamat bersalin 1 Sept 2013.. pasal scan 4D dan pasal isu minyak yang kecoh pada hari ini 3 September 2013....

Tapi aku lebih teruja nak share pasal pengalaman Scan 4D yang aku buat weekend baru ni. Aku buat scan ni dekat Klinik Sofea, kat bandar baru Puchong, ini member yang suggest sebab buat 4D scan kat situ lebih murah dari klinik2 lain... Nak tau berapa ??? RM 80 sahaja... siap CD dan beberapa keping gambar yang di print...

Kalau ikut review ramai yang kata sekejap jer & org tak ramai... mebi nasib tak berapa untung haritu... patient agak ramai jugak.. aku terpaksa menungu hampir 1-2 jam. Husband dah merungut sebab dah lapar.. kami masuk kol 6.30pm.. 7.30pm pun tak panggil lagi.. kami g solat dulu.. then hampir 8.30pm baru nama aku di panggil.. Aku tak kesah nak tunggu lama..ADAM MOK MOK pun tak meragam... ayahnya je yang tak selesa ( Sebab FLU).. Terus bergegas masuk bilik Doc.

1st masuk bilik doc... tertanya2.. die ker docnya.. dari segi pemakaian macam bukan Doc ( Tshirt n jeans) Docnya free Hair.. dan lupa tanya Sofea tu nama die ke nama siapa,, hihihi... Tapi since die dah bahasakan dirinya doc baru aku sedar dialah doc yang akan scan aku.. nampak chubby n soft spoken , kalo ditanya die akan jawab dan kita puas hati dengan layananya..

Jeng... jeng... jeng... bila dah mula nak scan ayah n Adam juga excited nak tengok baby.. Ibunya usah ceritalah mmg excited jugak. Alhamdulilah bila scan semuanya normal//dan kalo ikutkan raut wajahnya ada macam ayahnya dan ada jugak macam adam kecik2 dulu... Tp yang penting die nmpk sehat dan aktif dalam perut.

Insyaallah kita akan share satu video baby kita kat sini nanti. Buat momies yg teringin buat 4d dialu-alukan... tak rugi pun, sekurang2nya kita ada pengalaman tgk baby dalam perut sebelum dia keluar.. Ohya masa buat scan tu kita dan 31 Minggu..


Oklah... Chow dulu.. Salam..

Wednesday, 28 August 2013

Penat Tak Hilang Lagi....


......Salam Syawal ......

Penat tak hilang lagi..

Hujung minggu yang lalu member husband nak datang umah beraya .. so mula lah aku memikirkan apa yang aku nak buat untuk jamu buat tetamu ku nanti. Memandangkan aku dah sarat (30 Minggu) husband cadangkan buat yang simple2 atau beli sahaja... Tapi dalam hatiku ni macam2 nak buat.. bukan nak tunjuk pandai masak, tapi rasa nak memasak tu membuak2... hihihi... aku mula google apa menu yang simple dan sesuai nak jamu kat tetamu nanti.

Dalam pada aku tak larat ni, aku terfikir nak buat rendang ayam.. daging... pulut kuning.. lontong... kuah kacang... kuah durian... sambal tumis ikan bilis...rebus nasi himpit... hihihi... bernafsu bukan... bila aku cakap kat husband aku die kata banyak sgt.. cukup buat lontong jer.. lagipun die kata kesian nengok aku nak masak sorg2 nanti. Tapi aku ni degil dalam diam aku pegi pasaraya Segi dengan (NANA & Shida) beli barang2.

Malam jumaat balik kerja, Aku, Adam n Husband pergi singgah makan dulu kat warung Mazlan kat dengkil , cadang nk tambah satay sikit, risau makanan tak cukup, lagipun aku buat sikit2... so tempah satay 150 cucuk gan pakcik Mazlan sebagai makanan tambahan, spare... hihihihi.

Tepat pukul 10 PM... Bermula lah projek aku memasak malam tu, mula2 aku kupas semua bawang2.. bawang merah dan putih aku dah kupas siap2 kat opis ptg jumaat tu (Sementara menunggu sang suami jemput) bijak kan guna masa... hihihi.. so tinggal halia, lengkuas.. serai .. cili kering yang perlu diproses. Dah semua settel aku blend semua bahan2 tu supaya kerja memasak aku mudah.

OH ya.... aku lupa nak bagitau.. inilah kali pertama aku nak buat rendang dan kuah kacang .. selalu mak dan mak mertua yang buat... skrg aku belajar dari internet dan keep calling my MOM kat Kampung... hehehehe.. resepi rendang tu aku amik dari blog kak LIZA
Resepi rendang , aku modify sedikit.. tambah itu ini...

Alhamdulilah.... Pukul 2 Pagi aku setel rebus nasi himpit, buat rendang ayam dan daging... nasib ada adik ipar aku yang tolong ringankan beban aku di dapur. hihih... Husband pulak sibuk mengemas ruang tamu ... Mop bagai dan tak lupa dibantu oleh MR.ADAM MOK MOK tu... hihihi....

Esok Snya pulak Sabtu tu 24 Ogos aku kena checkup kat Azzahrah untuk minggu 30... kena bangun awal lagi untuk dapat no.giliran awal...

Sekian dulu untuk coretan petang ni... hihihi...

PSSSTT... lupa nak amik gambar makanan .. sebab sangat penat ... huhu...




Monday, 26 August 2013

Persiapan untuk anak kedua

Alhamdulilah harini dah masuk minggu yang ke 30 usia kandungan ku... Tinggal lagi beberapa minggu untuk menyambut kedatangan orang baru dalam hidup kami. Persiapan sehingga kini kalo ikutkan dah almost 60%.. Tapi kali ni takdelah beriya dan se excited macam Adam Bam Bam dulu... skrg banyak benda boleh recycle balik. Cuma beli apa yang patut dan beberapa helai baju warna PINK.. Excited PINK!!!!



My BAM BAM ADAM

Nak story sedikit pasal shaklee, setelah hampir 2 minggu cuti raya.. aku macam mengabaikan pengambilan vitamin2 kesayangan ku... sebab apa? sebab before balik raya tu semua vitamin dah habis. Hanya tinggal Vit-Lea sahaja...Balik kampung usah cerita lah memang makan tak ingat dunia. Kalo kat Sarawak kek Lapis n Air Gas dah memang wajib ada... so disitu nampak sgt aku tergugat dan mengabaikan kesihatan bayiku.. tp balik jer Semenanjung dah tekad nak jaga pemakanan, bukan apa baby dalam kandungan semakin hari semakin membesar dan memerlukan makanan yang sehat utk tumbuhsarannya... Kawan2 jangan ikut macam saya ok..

Nak share kat kawan2.. Vitamin Shaklee yang saya amik masa ni adalah ... Vit-Lea, Omega, B-Compleks, Ostematrik dan ESP... Semoga aku ni terus rajin dan Konsisten Makan vitamin2 tu. hihihihihi...

Cukup dulu sampai sini yea... Pasni nak update pasal kebaikan ambik shaklee sepanjang tempoh aku hamil anak kedua...




 

Baru 1st time nak menulis.....

Harini tengah buat tranning ... ada masa lapang sedikit aku try godek2 blog yang linda tolong createkan untuk aku... Aku suka baca blog org... teringin jugak nak jadi blogger, bukan nk jadi terkenal.. suka nak luah2 kan isi hati atau senang cerita macam diari hidup..