Wednesday, 28 August 2013

Penat Tak Hilang Lagi....


......Salam Syawal ......

Penat tak hilang lagi..

Hujung minggu yang lalu member husband nak datang umah beraya .. so mula lah aku memikirkan apa yang aku nak buat untuk jamu buat tetamu ku nanti. Memandangkan aku dah sarat (30 Minggu) husband cadangkan buat yang simple2 atau beli sahaja... Tapi dalam hatiku ni macam2 nak buat.. bukan nak tunjuk pandai masak, tapi rasa nak memasak tu membuak2... hihihi... aku mula google apa menu yang simple dan sesuai nak jamu kat tetamu nanti.

Dalam pada aku tak larat ni, aku terfikir nak buat rendang ayam.. daging... pulut kuning.. lontong... kuah kacang... kuah durian... sambal tumis ikan bilis...rebus nasi himpit... hihihi... bernafsu bukan... bila aku cakap kat husband aku die kata banyak sgt.. cukup buat lontong jer.. lagipun die kata kesian nengok aku nak masak sorg2 nanti. Tapi aku ni degil dalam diam aku pegi pasaraya Segi dengan (NANA & Shida) beli barang2.

Malam jumaat balik kerja, Aku, Adam n Husband pergi singgah makan dulu kat warung Mazlan kat dengkil , cadang nk tambah satay sikit, risau makanan tak cukup, lagipun aku buat sikit2... so tempah satay 150 cucuk gan pakcik Mazlan sebagai makanan tambahan, spare... hihihihi.

Tepat pukul 10 PM... Bermula lah projek aku memasak malam tu, mula2 aku kupas semua bawang2.. bawang merah dan putih aku dah kupas siap2 kat opis ptg jumaat tu (Sementara menunggu sang suami jemput) bijak kan guna masa... hihihi.. so tinggal halia, lengkuas.. serai .. cili kering yang perlu diproses. Dah semua settel aku blend semua bahan2 tu supaya kerja memasak aku mudah.

OH ya.... aku lupa nak bagitau.. inilah kali pertama aku nak buat rendang dan kuah kacang .. selalu mak dan mak mertua yang buat... skrg aku belajar dari internet dan keep calling my MOM kat Kampung... hehehehe.. resepi rendang tu aku amik dari blog kak LIZA
Resepi rendang , aku modify sedikit.. tambah itu ini...

Alhamdulilah.... Pukul 2 Pagi aku setel rebus nasi himpit, buat rendang ayam dan daging... nasib ada adik ipar aku yang tolong ringankan beban aku di dapur. hihih... Husband pulak sibuk mengemas ruang tamu ... Mop bagai dan tak lupa dibantu oleh MR.ADAM MOK MOK tu... hihihi....

Esok Snya pulak Sabtu tu 24 Ogos aku kena checkup kat Azzahrah untuk minggu 30... kena bangun awal lagi untuk dapat no.giliran awal...

Sekian dulu untuk coretan petang ni... hihihi...

PSSSTT... lupa nak amik gambar makanan .. sebab sangat penat ... huhu...




1 comment: