Monday 28 October 2013

Minggu-minggu terakhir menanti ahli baru.....

39 minggu 1 hari

Kali ni nak share pasal minggu-minggu terakhir saya... sekarang dah masuk 39 minggu 1 hari.. Masih lagi gigih dan takde lagi tanda2 untuk bersalin. Kalau nak kata exited tunggu ahli baru memang sudah tentu.. Lagi pulak saya dah apply cuti bersalin awal seminggu sebelum EDD. Kalau ikutkan tarikh EDD saya ni bertukar2.. almaklumlah bertukar2 doctor.. Tp saya harap penghujung bulan 10 (30 Oktober 2013) adalah EDD yang betul. hihii..

Oh ye... semalam jemput mak dan adik dari dtg swk.. untuk kali ni sekali lagi mak yang jaga ida pantang. Kalau anak pertama dulu Adam, mak datang seminggu selepas bersalin almaklumlah adam lahir masa minggu ke-38. Tapi kali ni rasa lama plak mengandung, mungkin diperingkat awal kehamilan ida mabuk teruk. 

Tadi husband ajak jalan2 lagi ke Alamanda... bagi baby engaged cepat, bukan apa risau jugak dengar pengalaman rakan2 lain kata , kalu tak bersalin lagi atau overdue mungkin doc akan kena induce. Hari-hari berdoa agar cepat sikit bersalin. Sebenarnya dah tak larat, sakit pinggang and tido malam jadi tak selesa. 

39 minggu 3 hari

Hari ini... bangun tido macam biasa, bangun jer pagi akan check ada tak bloody show, katil basah tak (kot-kot pecah air ketuban)... huhuhu... takde lagi tanda tanda tu.. ermmmm  adakah terlalu mengharap. Husband turun kerja macam biasa.. dan akan ty perkara biasa "ada rasa sakit tak" .. jawapanku mcam biasa sakit2 biasa tu ada tapi tak konsisten2.. tp bab pinggang memang tak leh nak cete lah, memang sakit. Baby asyik mengeras jer.. huhuu

After breakfast... pagi ni my mom buatkan nasik goreng kampung.. ermm selera aku makan, tp sebenarnya dr smlm terliur nak makan roti cicah gan kari daging mak buat. Lepas gak hajat nak melantak masakan mak lagi. Harini perut takde meragam sangat tapi, pinggang makin menjadi lak sakitnya. sampai nak duduk pun tak selesa. Dah sampai satu tahap aku takleh tahan, aku baring kat bilik bawah smpai lah tertido dibuatnya. Bangun dah azan zohor.. Aku siap2 nak solat ..  Nanti kita sambung lagi ok.